sweet words for sweet person

.orang kata saya garang tapi saya rasa saya sweet sangat dan comeyl (perasan) jadi mari layari kisah hidup saya.


Thursday, August 18, 2011

Tiada Pengganti!!!



Assalamualaikum buat semua pembaca yang saya sayangi ...hari ini hatiku tersentuh sangat sampai menitis air mata aku ini kerana rasa sangat rindu pada kedua ibubapa ku....namun sering kali kita bercerita tentang ibu dan ayah sentiasa ditinggalkan..hari ini aku ingin bercerita tentang kehidupan aku dan ayah aku...betapa aku sayang sangat ayah aku....

Sejak kecil lagi..aku membahasakan diriku adik, walaupun aku sudah mempunyai dua orang adik perempuan...sebab aku sangat manja dan tidak mahu melepaskan manja ku ini kepada sesiapa pun..aku mmg nakal dan semua orang tahu akan itu..dan yang paling orang tahu adalah kegarangan ayah aku yang tidak terkata...namu aku masih sayang ayah aku...Aku mmg degil..ada sahaja perkara yang aku akan lakukan dan membuat ayah aku mengamuk..aku pelik.!!Segala yang dia marah merupakan perkara remeh..bukan jahat sangat pon aku..dan pernah suatu hari aku pun tak ingat aku buat ape ..tapi teruk badan ku dibelasah oleh ayah ku menggunkaan tali pinggang polis..sepanjang hidup ku itulah kali pertama aku dibantai dengan begituteruk sekali..badan ku calar balar..aku nak tidur kena meniarap..dan malam tu aku nangis dan terlena...tiba-tiba..ada tangan lembut yang membelai badan ku dan menyapukan minyak kepadaku..aku terharu..ayah ku berpesan..lain kali jangan nakal sangat..kan dah kena..aku diam sahaja..waktu ni aku masih kecil..baru berumur 6 tahun..tapi aku masih sayang ayah aku...

Ayah aku amat mementingkan pelajaran..apa shaja perkara yang aku lakukan mestilah mengutamakan pelajaran..dan aku pernah dilarang memasuki pertandingan bola jaring yang aku gila tu..sampailah aku pujuk dia yang aku akan cuba untuk menadapat tempat pertama dalam kelas..dan aku berjaya..dan sampailah aku masuk ke universiti ini..setiap kali aku kol ayah aku..soalan pertama mestilah..macam mana exam?? dapat berapa banyak A..padahal aku baru sahaj memasuki sem baru..hai mmg pelik..namun aku sayang ayah aku..

Dan aku sangat malas kat rumah..aku mmg xsuka buat kerja rumah., melainkan memasak..tu je yang aku minat..yang lain adik second yg tolong buatkan..dan aku selalu malas urut kaki ayah aku setiap kali ayah aku suruh..dan ayah aku pasti mengamuk..ayat yang selalu dia cakap...

Tin, kenapa ko malas sangat nie..pernah tak ko terpikir ayah balik penat kerja! Pernah ko tanye tak dah makan belum?dah minum? sakit ke tak..aku baru suruh ko urut badan sikit je..ko dah nak merajuk..ape masalah ko nie..pemalas sangat..! Ko jangan nak kuang aja dengan ayah tau, aku hidup lagi, ko nak urut aku bila! Bila kau dah keras! dah kaku dah terkujur masuk dalam kain kapan baru  ko nak urut kaki aku ke???Time tu dah xpayahlah ko nak nangis menyesal..xguna dah pon..Haah!!! Ko belum pernah rasa hidup tanpa mak bapak tin, ko tak tahu susah xde mak bapak..nnti bila aku dengan mak ko dah pergi, barulah ko rase langit tu tinggi ke rendah! Ko ingat makcik2 ko tu nak jaga ko..diorang pon ada family sendiri..InsyaAllah, kalu hidup aku dengan mak ko panjang, ko pon dh besar dah kahwin, aku xingin pon duit ko tu, kalu ko nak bagi aku amik je..tapi kalu ko xsudi aku pon xingin la!!!! Dah ko berambus dari sini, pemalas!!!!

Itulah antara kata-kata lontaran pedas tapi bermakna buat diri aku yang sangat menyayangi ayan aku sehingga membuat aku menangis..menitis bagaikan sungai deras yang tidak akan berhenti..namun aku ada ego ku sendiri..aku bukan jenis yang suka meminta maaf dengan kedua ibu bapa ku..namun aku sentiasa harap diorang sedar betapa aku menyayangi mereka dan aku sentiasa mendoakan kesejahteraan mereka dari jauh..aku mmg homesick..walaupun sekarang duk shah alam..namu aku akan sentiasa menangis merindukan keluargaku..namun aku tak pasti sama ada mereka merindui aku aku atau tidak..aku sayang mereka...
Kini hujung minggu ku sangat busy..dan aku teringin pulang kerumah...ayah selalu bertanya..dan membuat aku rasa bersalah..namun ayah, jangan risau aku sentiasa menyayangimu..dan dirimu tiada pengganti...

3 comments:

  1. kasih syg x perlu diungkap dgn kata2... =)

    ReplyDelete
  2. mungkin..tpi aku nie bebal ckit,,ntah syg atau tak..aku xtau

    ReplyDelete

maybe you wanna read this too

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...